Kenali Senoi Praaq
SENOI PRAAQ
Senoi bermaksud 'orang' dan Praaq bermaksud 'Perang' batalion PGA yang terdiri daripada Orang Asal Malaysia (Orang Asli). Pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 1957 dan bertindak sebagai unit bebas dan berkhidmat di kawasan perkampungan Orang Asli di pedalaman.
Pasukan Senoi Praaq merupakan satu pasukan yang paling dihormati kerana kepakaran mereka menjejak pengganas komunis semasa Darurat Tanah Melayu|darurat]] dahulu. Oleh kerana kecemerlangan pasukan ini membantu pasukan keselamatan menentang komunis pada masa darurat, maka pada tahun 1968 pasukan ini digabungkan dengan Pasukan Polis Hutan (PPH) sebagai Batalion 10 berpengkalan di Kem Keroh, dan Batalion 20 berpengkalan di Kem Bidor, Perak kini telah menjadi Batalion 3 Senoi Praaq.
Kisah pejuang kita yang ramai tidak tahu. Mereka ini ditakuti oleh Chin Peng dan komunis. Senoi Praaq Yang Digelar The Silent Killer Oleh CIA
Sebagai permulaan unit ini ditubuhkan, ia beroperasi Platun Komander dan juru semboyan yang terdiri daripada Pegawai dan anggota SAS British. Kemudiannya kakitangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang terdiri daripada orang melayu dan pelbagai suku orang asli ditawarkan jawatan dalam pasukan Senoi Praaq. Oleh kerana kejayaaan yang dicapai bergitu baik dan memberangsangkan sebelum SAS meninggalkan Tanah Melayu, SAS telah menganugerahkan bere merun mereka kepada unit ini.
Pasukan Senoi Praaq kemudian diserapkan kedalam Jabatan KDN/KA Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dikenali sebagai Batalion ke 19 PPH Senoi Praaq. Batalion ke 19 PPH ini berpengkalan di Pengkalan Hulu yang mana dahulu dikenali dengan nama Keroh di Perak.
Oleh kerana unit ini berjaya dalam menjalankan tugas dan perang saraf yang baik dan berkesan dalam memenangi hati dan pemikiran orang asli dikawasan pendalaman maka Batalion kedua ditubuhkan. Batalion ini dikenali sebagai Batalion ke 20 PPH dan berpengkalan di Bidor Perak.
Lambang pasukan elit ini adalah senjata yang biasa digunakan oleh orang asli dikawasan pendalaman. Bagi Batalion ke 19 PPH, buluh sumpit digunakan sebagai lambangan batalion manakala Batalion ke 20 PPH menggunakan beliung sebagai lambang Batalion. Kedua-dua batalion Senoi Praaq ini telah diberikan kawasan operasi yang khas yang dikenali sebagai kawasan OPS BAMBOO yang merangkumi pendalaman Perak dan Kelantan.
Anggota Senoi Praaq ini adalah anggota dari skim tertutup. Ini bermakna mereka hanya boleh bertugas samada di Batalion ke 19, Batalion ke 20 atau menyertai Komando 69 PPH. Mereka tidak dibenarkan bertugas sebagai Anggota Tugas Am di Balai Polis.
Unit ini amat mahir dan berpengalaman dalam selok-belok perperangan di dalam hutan yang mana memang kemahiran mereka orang asli amat pakar kerana dilatih sejak kecil. Keupayaan mereka dalam mengesan dan menjejak Parti Komunis Malaya (PKM) yang bergiat dihutan amat digeruni oleh musuh. Banyak Treker di 69 PPH berasal daripada Batalion Senoi Praaq dan antara yang paling kerap disebut adalah SM Apot.
Apa yang membanggakan, Senoi Praaq juga digelar sebagai The Silent Killer oleh pihak CIA dan mereka pernah digunakan secara rahsia di Laos. Apabila Amerika Syarikat keluar dari Laos, mereka ini ditinggalkan begitu sahaja (mungkin dengan harapan bahawa rahsia ini akan terkubur di Laos) namun siapa sangka, unit Senoi Praaq berjaya kembali ke Malaysia sambil bertempur dengan elemen-elemen musuh di sepanjang jalan sewaktu pulang. Ramai juga yang kecundang dalam perjalanan balik. Peristiwa ini telah dibukukan dan bertajuk “Death Waits in the Dark: the Senoi Praaq, Malaysia’s Killer Elite”.
Taraf elite dan kehebatan kaum asli sebagai Silent Killer ini berjaya mendapat perhatian istimewa dari kerajaan khususnya pihak polis yang mana penyertaan dari kaum Senoi yang memohon masuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu menjalani latihan asas 9 bulan di PULAPOL. Mereka dibenarkan terus diserap ke unit Senoi Praaq. Proses pengambilan yang unik berbanding pengambilan unit lain dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Unit elite Senoi Praq seringkali digerakkan dalam sesuatu kawasan yang memerlukan kepakaran bagi mengesan jejak selain berbagai operasi lain. Dikatakan juga Senoi Praq lebih suka bergerak dengan berkaki ayam untuk memudahkan pergerakan mereka selain mengelakkan dari dikesan musuh namun tidak diketahui kesahihannya.
Selain kepakaran dihutan Senoi Praq juga diberi latihan Public Order Reserve Unit (PORU). Public Order Reserve Unit (PORU) mempunyai arahan yang lebih khusus dan terperinci dimana mereka dibenarkan menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan ancaman yang bersifat lebih kritikal.
Cekal.Berani.Setia
#PapaGolfAlpha
Comments
Post a Comment