Posts

Pasukan Gerakan Am (PGA) di kerah ke Raub

Image
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan Pasukan Gerakan Am (PGA) ke Raub, Pahang bagi menjaga ketenteraman awam di daerah berkenaan berikut kekecohan membabitkan pekebun durian dan anggota penguat kuasa, semalam. Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan agar menggunakan saluran undang-undang yang betul jika terdapat sebarang bantahan terhadap tindakan pihak berkuasa. Katanya, isu mengenai pencerobohan oleh pekebun durian itu adalah di bawah bidang kuasa dan urusan Pejabat Tanah Daerah Raub dan Jabatan Perhutanan Pahang. "Pihak PGA di sana (Raub) adalah bagi memastikan keselamatan mereka terjaga semasa menjalankan tugas dan PDRM tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba mengganggu-gugat pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas," katanya.

"Wira Negara Disambut"

Image
*KEPULANGAN WIRA NEGARA, SJN 148715 NORIHAN A/L TARI KE KEM BATALION 3 PGA* Sjn 148715 Norihan A/L Tari pada hari ini telah dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang setelah menjalani rawatan akibat terkena tembakan semasa pertempuran dengan kumpulan penyeludup di Sektor TS9 sempadan Malaysia-Thailand pada 24hb November 2020 semasa penugasan Op Benteng Covid  Wawasan Kedah /Perlis. Pertempuran ini juga telah mengorbankan Sjn 112512 Baharuddin bin Ramli di tempat kejadian. Pada 06/12/2020 jam 1200 tengahari Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Ydh Supt Rosman bin Kasman dan isteri, Puan Zuraini binti Majid bersama Pen Pegawai Pemerintah, Dsp Mazian bin Zainal dan isteri, Puan Anita Maria binti Othman serta pegawai-pegawai kanan dan anggota Batalion 3 PGA telah hadir ke kem ini bagi menunggu dan menyambut kepulangan *Wira Negara* (Sjn Norian A/L Tari). Ketibaan masuk kenderaan yang membawa Sjn Norihan telah disambut dengan lambaian dan sorakan selamat pulang "wira negara" oleh

"Berjuang hingga peluru terakhir"

Image
IPOH: Sarjan Baharuddin Ramli yang maut dalam kejadian tembakan di sempadan Malaysia-Thailand kelmarin ditemukan dalam keadaan masih menggenggam pistol automatik Walther P99 yang telah kehabisan peluru. Pegawai Memerintah Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq, Superintenden Rosman Kasman berkata, mendiang menggunakan kesemua dua kelopak peluru pistol yang setiap satu diisi 15 butir peluru  semasa berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup. Menurutnya, mendiang Baharuddin dan Sarjan Norihan Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah, berjaya mencederakan tiga orang penyeludup daripada kumpulan tersebut. “Ketika diserang, keadaan ketika itu gelap serta hujan renyai. “Walaupun dirinya cedera parah, tetapi mendiang Sarjan Baharuddin telah mengarahkan Sarjan Norihan untuk keluar meminta bantuan sementara beliau meneruskan pertempuran hingga kehabisan peluru. “Sarjan Norihan dalam keadaan cedera dan kesakitan pula berlari keluar dalam keadaan gelap untuk mendapatkan motosikal dan

Kenali Senoi Praaq

Image
SENOI PRAAQ Senoi bermaksud 'orang' dan Praaq bermaksud 'Perang' batalion PGA yang terdiri daripada Orang Asal Malaysia (Orang Asli). Pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 1957 dan bertindak sebagai unit bebas dan berkhidmat di kawasan perkampungan Orang Asli di pedalaman. Pasukan Senoi Praaq merupakan satu pasukan yang paling dihormati kerana kepakaran mereka menjejak pengganas komunis semasa Darurat Tanah Melayu|darurat]] dahulu. Oleh kerana kecemerlangan pasukan ini membantu pasukan keselamatan menentang komunis pada masa darurat, maka pada tahun 1968 pasukan ini digabungkan dengan Pasukan Polis Hutan (PPH) sebagai Batalion 10 berpengkalan di Kem Keroh, dan Batalion 20 berpengkalan di Kem Bidor, Perak kini telah menjadi Batalion 3 Senoi Praaq. Kisah pejuang kita yang ramai tidak tahu. Mereka ini ditakuti oleh Chin Peng dan komunis. Senoi Praaq Yang Digelar The Silent Killer Oleh CIA Sebagai permulaan unit ini ditubuhkan, ia beroperasi Platun Komander dan juru sembo

Sejarah Penubuhan Pasukan Gerakan Am

Image
Pasukan Gerakan Am (PGA) merupakan salah satu cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan ini merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi punitif bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatan-kegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negara Malaysia. Pasukan ini berpergerakan tinggi dengan kebolehan untuk bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran SEJARAH PENUBUHAN Pasukan Gerakan Am yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH) telah ditubuhkan sejak 58 tahun yang lalu. Keperluan bagi penubuhannya ialah ekoran peranan besar yang dimainkan oleh PDRM dalam menerajui perjuangan menentang insurgensi yang dilancarkan oleh pengganas komunis semasa Darurat 1948 – 1960 dan 1969 – 1989. Penubuhannya adalah sebagai tindak balas dan memenuhi keperluan pasukan polis dalam merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerila komunis menerusi Rancangan Briggs. Rancangan Briggs yang dikuat